Total Pageviews

Sunday 10 November 2013

Review Telekung Lycra Murah

Assalammualaikum

Apa kabar? Harapnya sihat-sihat belaka. Hujung minggu lepas Admin jalan-jalan la di satu Hypermall dan tiba-tiba ternampak dari jauh ada telekung lycra di situ. Dari jauh, hati seronok sangat bila tengok telekung lycra di jual di Hypermall tersebut dengan harapan telekung lycra yang dijual di hypermall itu boleh meng"expose & mempropakan" kewujudan telekung lycra dan create awareness yang telekung lycra yang selesa dan sejuk ini wujud di Malaysia.

Bila makin dekat, perasaan pun makin melonjak- lonjak sebab telekung lycra bukan sahaja dalam warna putih tetapi ianya berwarna - warni. Macam cantik jer, macam cantik jer, macam comel jer, macam best jerr, macam nak terkam jer.

Seronok tengok telekung lycra yang berada di situ datang dalam berbagai - bagai warna. Tangan pun mencapai telekung lycra yang berada disitu. Ya Allah, kami terkedu sementara dan saling berpandangan. Kain telekung yang dijual adalah dari kualiti dan grade kain yang nipis dan murah. Facepalm!

Bila dibelek lagi, warna cantik juga pastel - pastel gitu tetapi workmanship atau dengan lebih tepat kualiti jahitan tidak memuaskan hati. Adoi, perasaan dari seronok dan happy terus jadi down. Sedih kenapa? Sebab kalau telekung lycra yang tidak berkualiti begini yang dijual pada pengguna dengan harga yang tinggi. Hal ini boleh menjejaskan nama baik peniaga - peniaga telekung lycra yang sediada. Peniaga - peniaga begini yang jujur dalam memastikan kualiti telekung lycra yang dijual akan dianggap mementingkan untung sahaja itu sebab telekung yang mereka jual mahal.

Sedih memang sedih, tetapi kami tidak akan berpatah semangat. Akan kami teruskan juga perjalanan ini dengan harapan supaya kami boleh tambah pengetahuan pengguna - pengguna telekung lycra supaya tidak di ambil kesempatan oleh peniaga yang bersikap tamak dengan 'asal boleh jual attitude' dan mementingkan untung sebegini.

We at Telekung Lycralicious care for you.

No comments:

Post a Comment